Sunday, April 22, 2012

Sebalik peristiwa 13 Mei 1969..


Sejak pelbagai isu yang melanda Negara kita ketika ini, saya merasa terpanggil untuk menceritakan sejarah yang berlaku kepada ayahanda saya, yang mana beliau kini telah berusia 59 tahun. Beliau bukan sahaja seorang ayah bagi saya tetapi juga beliau juga bertindak sebagai mentor. Malah,beliau bukan seorang pakar sejarah juga bukan pakar dalam bidang agama, tetapi  beliau adalah anak seorang anggota polis suatu tika dulu. Kini, ayah seorang penternak ikan air tawar.
Ketika di waktu lapang,kami sekeluarga sering berkumpul bersama dan ketika inilah ayah sering bercerita tentang kehidupannya semasa kecil dan alam persekolahannya. Walaupun ayah hanya berkelulusan L.C.E, tetapi dengan pengalaman yang beliau tempuhi selama 59 tahun inilah yang  telah membuatkan kami adik beradik amat menyegani dan menyanjungi beliau.
Antara perkongsian kehidupannya kepada kami yang paling membuatkan saya tertarik untuk berkongsi dengan rakan-rakan adalah mengenai peristiwa penting Negara iaitu “Tragedi 13 Mei 1969”. Ketika itu ayah berusia 13 tahun  dan berada di Sekolah Menengah Sri Gading di daerah Rawang, Selangor. Waktu itu juga arwah datuk(bapa kepada ayah) adalah seorang anggota polis yang bertugas di Kg. Baru Kundang, di mana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada bangsa cina. Pekan baru Kundang hanya terletak lebih kurang 15km dari Pekan Rawang. Kebetulan ketika itu balai dan beret polis di Kg. Baru Kundang dalam proses pembinaan semula. Oleh itu, anggota polis yang bertugas di situ dan keluarga masing-masing terpaksa menyewa di sekitar Kundang. Keluarga datuk terpaksa menyewa di sebuah bilik yang terletak di belakang sebuah kelab MCA di pekan Kundang.
Dipendekkan cerita, ketika itu berlangsung pilihanraya umum dan keputusannya seri untuk parti Perikatan dan parti pembangkang. Keputusan itu menandakan kerajaan tidak boleh diwujudkan. Apa yang berlaku ialah di mana parti pembangkang dengan bongkaknya berarak di seluruh pekan termasuklah di kawasan Kundang,tempat di mana keluarga ayah tinggal. Seluruh ahli keluarga ayah keluar untuk melihat apa yang berlaku.  Dengan usia yang masih setahun jagung,ayah pastinya belum tahu kenapa berlakunya perarakan tersebut. Apa yang dilihat ialah parti pembangkang yang berarak dengan lori yang membawa muatan penuh penyokong-penyokongnya yang memegang sepanduk parti gambar kepala kerbau sambil bersorak dan menjerit. Apabila tiba di hadapan keluarga ayah, mereka melaungkan kata-kata kesat yang berbaur perkauman sambil bertindak mengacahkan batang-batang kayu dan cangkul yang dibawa bersama mereka. Dan antara ayat yang masih kuat dalam ingatan ayah sehingga kini ialaha “ORANG MELAYU SUDAH KALAH, BOLEH BALIK KAMPUNG!!!!INI NEGERI KITA PUNYA”. Ayah dan keluarga hanya tercengang-cengang melihat gelagat melampau mereka. Menurut ayah, pada waktu itu atuk masih bertugas di balai polis dan belum pulang. Hanya nenek,ayah dan adik beradik ayah yang menyaksikan kejadian tersebut. Jiwa muda ayah amat ingin tahu apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku seterusnya.
Pada jam 5.30 petang, datuk pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa sambil membawa selaras senapang dan beberapa papan peluru. Kata ayah,lazimnya datuk tidak pernah membawa balik senapang. Dalam perbualan datuk dan nenek, ayah telah diberitahu bahawa Kuala Lumpur diistiharkan sebagai kawasan hitam dan keadaan itu mungkin akan merebak ke seluruh Selangor. Anggota polis telah diarahkan untuk menjaga keselamatan keluarga masing-masing. Menurut ayah, datuk mengatakan telah berlaku pergaduhan dan rusuhan antara kaum secara besar-besaran.
Pada hari tersebut, seluruh keluarga ayah berada dalam keadaan tidak menentu kerana takut dan bimbang kerana sekitar kediaman mereka dikelilingi kaum cina. Datuk mengarahkan semua anak-anaknya berzikir dan berdoa bagi mempertahankan diri. Datuk juga membekalkan ayah sebilah parang dan mengarahkan ahli keluarga yang lain bersiap sedia dalam apa jua keadaan yang akan berlaku. Untuk dijadikan cerita, muncul seorang budak India yang umurnya lebih kurang sebaya dengan ayah ketika itu mempelawa diri dan bermurah hati untuk mempertahankan keluarga datuk dari diserang atau diceroboh.
Di malam pertama, ayah tidak dapat tidur memikirkan apa yang bakal terjadi . Siaran berita di TV menunjukkan Tunku Abdul Rahman mengistiharkan perintah darurat dan meminta semua kaum bersabar. Dalam loghat Kedah, Tunku Abdul Rahman berulang kali menyuruh rakyat “sabar,sabar..”.Sementelah itu, seluruh keluarga ayah hanya berkurung dalam bilik yang disewa. Sesekali ayah mengintai keadaan diluar dari celahan kepingan papan dinding. Katanya, keadaan seperti hendak berperang dengan ramai orang mundar-mandir membawa parang, tombak dan pelbagai jenis senjata lain di jalan sebelah bilik sewa mereka. Datuk memberi arahan kepada nenek dan anak-anaknya agar berlawan habis-habisan sekiranya orang-orang cina cuba masuk menceroboh. Semangat ayah ketika itu sangat tinggi dan Alhamdulillah malam itu berlalu tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Pada keesokan pagi,pekan Kundang dan Kg. Baru Kundang seperti baru lepas diserang garuda atau naga kerana tiada seorang yang manusia kelihatan. Seluruh keluarga ayah dan budak india tersebut terus berkurung dalam bilik dengan debaran dan makan apa sahaja yang dikongsi bersama sambil menunggu malam tiba.  Tanpa hubungan telefon dan tiada maklumat dari polis lain, hanya siaran tv yang menyiarkan ucapan Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman dan diselitkan berita-berita kawasan yang berlakunya tragedi.
Menurut ayah,ketika itu dia hanya berbicara dalam hati. Siang berganti malam, difikiran ayah tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada malam seterusnya. Makan dan minum ketika itu hanyalah sekadar untuk mengalas perut sambil menunggu datangnya hari esok yang belum tentu apa yang akan berlaku. Tiba-tiba dalam keheningan malam itu, keluarga ayah dikejutkan dengan suara orang memekik-mekik dan pukulan gendang naga. Jam menunjukkan 9.30 malam.
Datuk, nenek , ayah dan adik beradiknya yang lain serta budak India yang bernama Kandiah telah bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal terjadi.Takut tetap ada, namun semangat dan jiwa muda ayah tetap kental walaupun baru berumur 13 tahun kerana ayah percaya hidup dan mati itu adalah ketentuan Allah. Keriuhan gendang dan pekikan berlangsung lebih kurang setengah jam dan terus reda. Lebih kurang jam 10 malam, keluarga ayah tersentak lagi bila pintu bilik sewa diketuk. Dari celahan papan, ayah Nampak ada 6-7 orang  cina diluar dan tidak tahu apa tujuan kedatangan mereka. Dalam hati ayah terfikir malam yang tidak di duga bakal berlaku.
Agak lama juga mereka mengetuk pintu dengan mengatakan kedatangan mereka bertujuan untuk meminta pertolongan daripada datuk, bukannya untuk menyerang atau mengapa-apakan keluarga datuk. Kemudian, seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai Ketua Kampung Baru Kundang. Pada mulanya nenek tidak membenarkan datuk membuka pintu untuk membantu orang-orang tersebut kerana datuk hanya berpangkat prebet sahaja. Mereka sepatutnya memohon pertolongan dari Sarjan polis di Balai Polis Kundang. Setelah membuka pintu, orang tersebut memaklumkan mereka telah bertemu Sarjan di balai, namun Sarjan menyuruh mereka bertemu datuk saya kerana katanya hanya datuk saya yang boleh membantu kerana ketika itu selain sebagai seorang anggota polis, arwah datuk juga turut dikenali sebagai ustaz kerana ilmu  agama yang ada padanya. Ketua kampong tersebut menyatakan yang mereka tidak seperti mereka yang lupa diri yang lain dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki dan bukan untuk bergaduh dengan sesiapa.
Dipendekkan cerita, ketua kampong tersebut memaklumkan yang kumpulan mereka yang menjaga keselamatan Kg.Baru Kundang telah ternampak sekumpulan orang ramai berserban putih menghampiri kampung dari arah Kuang untuk menyerang. Sebab itulah mereka datang berjumpa datuk bagi menyuruh datuk berjumpa dengan ketua kumpulan yang berserban putih tersebut dan memohon agar tidak menyerang kampung mereka.
Memikirkan keselamatan orang ramai, datuk menuruti permintaan mereka dan mengikut mereka ke tempat yang dimaksudkan. Lebih kurang 1 jam,datuk masih belum pulang. Nenek, ayah dan adik beradik yang lain amat risau dan berdoa agar tiada apa yang berlaku pada datuk. Seketika kemudian, datuk balik dengan wajah yang serius. Ayanh cuba bertanya apa yang telah berlaku,datuk menjawab yang dia akan menceritakan pada keesokan hari dan menyuruh semua ahli keluarga tidur. Sedangkan, datuk masih berjaga dengan senjata erat ditangannya.
Pada hari ke-3,bekalan makanan hampir habis,seluruh ahli keluarga hanya makan lempeng tepung dan minum kopi sahaja. Ketika minum, sekali lagi ayah bertanya datuk tentangkejadian malam tadi. Sambil tersenyum, datuk mengatakan ada berkat untuk orang yang ikhlas dalam melakukan amal ibadah. Berdoa atas keselamatan seluruh orang Islam dan masih ada orang-orang yang punya ilmu. Apa yang berlaku pada malam itu adalah kehendak Allah swt. Sebenarnya,sekumpulan kerbau bila dipantul cahaya bulan penuh,ia terlihat seperti orang berserban. Seperti pantun “melukut di tepi gantang,buka sanggul cari kutu,kerana takut akal pun hilang, segala tunggul disangkakan hantu”.Tetapi datuk merahsiakan daripada pengetahuan orang-orang cina tersebut.
Keesokan hari, pada jam 11.00 pagi, satu berita baik telah berlaku dimana satu platun pasukan polis hutan telah diarahkan masuk ke kampung tersebut dan setiap rumah anggota polis dijaga oleh 5 anggota polis hutan. Manakala, datuk sempat keluar dan membawa balik bekalan makanan seisi rumah untuk seminggu. Kata ayah,dengan kehadiran polis-polis hutan itu, dapat mengurangkan segala ketakutan dan kerisauan. Arahan perintah berkurung (curfew) berkuatkuasa  selama 1 minggu.
Pesan ayah, ada pengajaran terselit di sebalik pengalaman beliau pada 13 Mei 1969 ini, antaranya:
1.      Tidak semua orang jahat, dalam setiap bangsa itu ada yang jahat dan ada yang baik.
2.   Dalam hidup bermasyarakat, kita perlulah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain bagi menjamin keamanan dan keharmonian.
3.      Perlu ada sikap toleransi dan bantu membantu dalam masyarakat majmuk bagi memastikan kebajikan bersama.
4.      Perlu bekerjasama antara kaum bagi memastikan kesejahteraan Negara.
5.      Semua pihak perlu bersikap realistic dan praktikal agar dapat mewujudkan perpaduan yang boleh dinikmati semua masyarakat. Jangan terjadi situasi marahkan nyamuk,kelambu pula dibakar.
Jadi disini tamatlah perkongsian cerita ayah tentang pengalaman beliau ketika peristiwa 13 Mei. Diharapkan agar yang membaca mendapat sedikit iktibar dari pengajaran disebaliknya. Doa saya, semoga seluruh rakyat Malaysia dapat terus hidup harmoni dan sejahtera seperti yang telah dikecapi kini dan semoga peristiwa 13 Mei ini tidak berulang kembali seterusnya memastikan kesejahteraan dan keselamatan anak cucu cicit kita di bumi bertuah MALAYSIA.Aminnnn…….:-)


.


Wednesday, April 18, 2012

SAKIT HATI + TERASA HATI


when something goes wrong,some other are reveal...only who have patience enough can stand with

Kedua-dua perasaan tersebut adalah fitrah manusia yang Allah SWT ciptakan. Seperti biasa, fitrah jika tidak dikawal pasti terbabas. Maka berlakulah adegan-adegan buruk perangai seperti memarahi orang lain, melempiaskan tekanan dan masalah diri kepada orang lain. Sehinggalah menyebabkan orang tersebut sakit hati dan seterusnya terasa hati. Mengajuk, membawa diri dan memendam rasa.

Di dalam situasi macam mana pun, kita perlu mengawal tahap emosi agar setiap perkataan yang keluar dari mulut tidak melukakan dan menggores perasaan orang lain. Ya, mungkin orang tersebut juga bersalah, tetapi adakah kita memberi ruang yang cukup untuk si dia membela diri? Dan adakah kita pernah menyelami perasaan sekali pun bertanyakan masalah yang dihadapinya juga?

Bahkan!

Jangan tidak percaya, kita sudah menzalimi hak saudara kita dan menindas golongan lemah ini daripada bersuara gara-gara?

1. Emosi stress tidak terkawal
2. Jawatan yang “dibanggakan”
3. Senioriti
4. Orang yang dimarah seorang yang berhati lembut/tak reti marah balik
5. Suka bersangka buruk
6. Pemikiran skeptikal

Jika di dalam pekerjaan, misalnya hubungan antara doktor dan pesakit, kita boleh bersikap profesional, tetapi kita seringkali lupa untuk bersikap profesional bila berhubungan dengan manusia lain, terutamanya Allah SWT.

Mungkin dari salah faham yang sekelumit cuma menjadi nanah busuk dek sikap su’udzon (bersangka buruk) dan pemikiran skeptikal yang menguasai tindak tanduk diri seseorang.

Saturday, April 14, 2012

kek coklat kukus lembap



setiap hr jumaat...sy akan buat kek ni...coz kebetulan hr jumaat incik hubby buka gerai dpn Pej.Pertanian Daerah K.selangor utk jual ikan talapia,keli n puyu..so,sy amik kesempatan la jana income sendirikkk...dpt 2-3 puluh pun ok la..utk tabung ank2...hehe...


slain tu jugak..saya ada trima oder utk doorgift birthday party ...kek coklat kukus lembap ni..tp di"mini" kan mcm ni...steam choc moist in cup...

mini steam choc cake(in cup):RM1.30 /pcs....
steam choc cake(in box):RM 10/box

utk tmphan banyak,harga boleh dirunding...call sy:012-9729851

TQ

Thursday, March 29, 2012

Harris n Farris dah 4 tahun..


Hari ni..30/03/12...genap umur Harris n Farris 4 tahun...sungguh cpt ms berlalu...abg n adik dh besar..macam baru je mama n abah dodoikan kamu di buaian...masih segar lg di ingatan kami lihat kamu berdua sama2 meniarap,duduk,merangkak,berjalan dan berlari.Sekarang kamu sudah pandai melukis & menulis.. Semuanya depan mata mama n abah...dgn pertolongan nenek,atuk,cik dyla,cik ya,p.su abib n p.cik yun...kini kamu berdua sudah besar,makin cergas n pintar.Kadangkala telatahmu buat kami semua tertawa..n adakalanya kerenah kamu membuatkn kami terduga...Harris n Farris,hadirnya kamu mewarnai hidup mama,abah n keluarga ...mama sayanggg kamoooo..........

My little princess Arissa Hannan


dh lama sgt x update blog ni...last update b4 bersalin..alhamdulillah...dah slamt bersalin pd 12/02/12 jam 11.30 tghari...kiranya 1 hr lepas EDD..hr EDD(11/01/12) sy ke hospital tanpa rasa sakit nk bersalin...kiranya terpaksa serah diri untuk induce (IOL)..bile doc scan, doc inform baby dh 3.8..n jalan masih lum terbuka..so how?n specialist suggest utk czer..coz dia bimbang klu buat IOL pun saya x dpt nk lahirkan baby tu secara normal..maklum la badan mama kecik je..bbay dh besar..takut sangkut bahu ke apa..lagi naya...itulah kata pakar pada saya..so, doc set czer dilakukan keesokan hari..so malam ni kena admit ward n puasa...coz pg2 esok dh kena masuk OT...huuuu...takut tu tetap ada...tp x setakut masa 1st czer kelahiran abg2 kembar dulu...kiranye dh ada experience..n mlm kat wad sempat share citer czer dulu2 dgn akak sblh bed yg akan masuk OT dulu sblm saya pg esok...hehe..org da ada xperience la katakan...nurse2 kat ward tu pun da kenal sy da..coz wad yg sama masa kena plasenta pravea dulu...wad 6B@Hosp.Sg Buloh..semuanya baik2 blaka...
@12/02/12...jam 10.50 sy ditolak ke OT...n 11.30 ,baby keluar...doc tunjukkan pada sy n suruh sy cium sblm baby dibw keluar n doc menyetelkan perut sy...i've got a GIRL...kulitnye pink.....gebu....tq Allah...


Thursday, January 5, 2012

masih menunggu detik itu

hr ni dh 6 Januari 2012...hmm..masih ada 4 hr sehingga EDD.Kalau still xde tanda2 nk bersalin dlm 4 hr ni,on that EDD date,aku kena admit wad n terus IOL(Induce of labour)..huuu..kata org yg dh berpengalaman,ianya proses yg menyakitkan..ye ke???
Selepas mengharungi episod plasenta pravea utk kandungan kali ini, ini pula yg terjadi..baby x mo kluar lg....suke agaknye die duk dlm perut mama ni...aktif sgt tendang2 mama sampai senget2 bdn mama ni..:-)).
last scan on 27/12/2011 hr tu..baby weight dh 3.6kg..wow!!!mcmana mama nk teran ni???dahle xde xperience langsung...dulu twin keluar czer..tu pun berat 2.5kg n 2.2kg je..ini plak dlm perut dh 3.6kg pada 38weeks..ms checkup tu,aku request ngan doc utk czer..coz takut x dpt teran,takut baby tersangkut,takut koyak n takut mcm2 lg la....tp doc tu x bg..die ckp,klu nk czer gak..plz admit kat private...hehehe...
X sbr rasenya nk menatap sikecil ni..hubby pun lg x sbr...tiap2 pg gosok perut ckp ngan baby suruh kuar cpt.begitu gak dgn abg twin...x sbr nk cium adik diorg ni...hr2 family duk tanya,especially MIL...hr ni ada rs ape2 x?..tp xde rs ape2 pun..MIL siap suh bukak balik bantal yg dijahitkn hr tu..coz kate org tua2 org peknen xleh matikan benang ,nanti susah nk bersalin..hehehe..ye ke x aku x pasti...tp semua bantal baby aku dh bukak jahitan mati tu....
hubby nak kemana2 pun kena nagkut aku skali..ye la mana tau,nk ditakdirkan ms die xde tu aku nk terberanak kan..so,sng citer dia angkut aku gak walo kemana2 pun..nk hantar pokok gaharu pun,aku ikut...hehehe...
akrg ni ape yg mampu kami lakukan,berdoa2 da terus berdoa semoga semuanya selamat & dipermudahkn....

"Ya Allah..permudahkan urusanMu ini....aku mohon padaMu...semoga segalanya selamat & sempurna....kuatkanlah diriku & tabahkanlah hati ini utk mengharungi detik itu....Amin....."

6 Januari 2012

Wednesday, November 16, 2011

Detik bila dikejutkan dengan Plasenta Pravea (uri bawah)

24 October 2011
Hanya Tuhan yg tahu perasaanku bila disahkan doktor pakar yg aku mengalami Plasenta Pravea Type 4 pada kandungan kali ini. Plasenta pravea atau dlam bahasa kita yang dipanggil uri bawah. dan tahap 4 pula bermakna uri tersebut telah menutup seluruh bahagian pangkal rahim. confirm kali ini juga aku perlu caeser.Aku disahkan mengalaminya pada minggu 28 usia kandungan ketika pergi utk monthly check-up di Hospital Tg. Karang. Dari situ,terus aku dikejarkan dgn ambulans ke Hospital Sg.Buloh untuk penjagaan rapi sehingga bersalin.Risiko PP type 4 adalah akan berlaku pendarahan yg bnyk yg boleh membhayakan nyawa ibu dn baby. kata doc, pendarahannya mcm air paip yg x berhenti Sebenarnya, aku tidak pernah mengalami sebarang sakit atau pendarahan pun.Tanpa sebarang persediaan aku terpaksa kesana...tanpa mengucapkan slmt tinggal..tanpa berjumpa dan mencium pipi si kembar... petangnya, hubby dtg bawa brg.

25 October 2011
Penjagaan sehingga bersalin bermakna aku kena tinggal di wad hospital selama 2 bln lebih....Ya Allah...perasaan rindu pada si kembar..takut n risau bercambur baur..hanya air mata menjadi peneman. Apa yg lebih menyedihkan, hospital tersebut tidak membenarkan sama sekali pelawat kanak2....rindunya pada anak2..setiap kali dia dtg..aku hnaya dpt memandang ke bawah dari tingkap tingkat 6 dan bercakap telefon..dan setiap kali itulah aku menangis...
Paginya, doktor pakar O&G melakukan scan sekali lg...dan jawpannya ttp sama..PP type 4..n sempat dia berseloroh.."u kena raya haji kat sini lah ye.."..lg la membuat air mata aku meleleh..

26-30 October 2011
Rutin sebagai penghuni wad hospital ...hampir setiap hari hubby datng menjenguk dan menghabiskan waktu lawatan untuk aku.malah, ada keluarga n kwn2 yg dtg..beri semangat dan kekuatan ..tp malangnya ku x sanggup nk menghuni di wad lagi...takut dgn situasi hospital..stress dgn keadaan sekeliling...kurang tidur & kurang selera makan...sepanjang seminggu di wad..berat dh turun 2kg...
Sepanjang aku ditahan di wad, hubby yg melakukan semua kerja rumah..basuh kain, jg ank..nasib baik kerja sendiri.TQ sayang...kerana sanggup jd Mr.mama.

31 Oktober 2011
Akhirnya..aku tidak dpt bertahan lagi..kerinduan pd si kembar x dpt diatasi..aku menangis semahunya..sehinggakan sanggup merayu pada doktor untuk membenarkan aku balik untuk seminggu.Walaupun agak berat doktor melepaskan,tp aku diberi balik juga ..tp atas risiko sendiri.DOktor beri tarikh utk check-up atau dtg terus hospital pada 14 Nov. Sebelum keluar wad, macam2 nasihat doktor n nurse utk keselamatan aku & baby. Hampir 10mlm baru sampai rumah

1 Nov-13 Nov 2011
Sepanjang tempoh 2 minngu dirumah..aku amat berhati dan ikut segala nasihat doktor & nurse..x buat kerja..baring n rehat...x dukung n riba anak...takpelah..janji anak2 dpn mata..sempat menyambut raya haji di rumah mak mertua...adik2 ipar banyak membantu menguruskan si kembar..terima kasih semua...Alhamdulillah..semuanya berjalan baik dan tiada apa2 terjadi padaku. sepanjang tempoh itu doaku tidak pernah putus agar Allah memberikan aku perlindungan dan keselamatan untukku dan baby...malah, kuikuti setiap petua yg didengar dari mulut2 orang dan yg kubaca dari internet untuk menaikkan uri..kucuba segalanya....

14 Nov 2011
petangnya,terus pergi ke Hospital Sg. Buloh..kali ini aku merelakan diri utk tinggal di wad sehingga bersalin. Jam 8 mlm baru dapat katil dan terus masuk wad.

15 Nov 2011
ketika sesi lawatan doktor pakar ke wad, doktor sempat berbincang sesama mereka dan mengatakan aku suspected Plasenta Increta...hancur lagi hatiku..increta lebih berisiko...dan doktor terus mengarahkan aku ke bilik scan..dengan perasaan yg bercampur baur..takut..aku kuatkan hati dan berdoa semoga Allah membrikan keajaiban padaku....dan ketika doktor melakukan scan diperut..kulihat wajah doktor seakan ada sesuatu yg mebuatkan die tdak percaya...dia mengatakn "u'r plasenta currently upper segment..normal..." alangkah tekejutnya aku..terus mentiskn air mata.."are u sure doc?"..."sure..tp sy akan buat scan bawah utk pastikan everything is ok"....seketika aalat scan yg pjg dimasukkan ikut bawah...dan doctor mengesahkan semuaok..."ok...alhamdulillay...it's totally upper segment now..u can discharge today".."Tq doc"..syukurnya tidak terhingga...terus aku hubungi hubby utk dtg menjemput...hubby seakan tidak percaya..begitu juga degn keluarga dikampung terus kuhubungi...ibu dan kakakku menangis..ibu smpt mengatakan doanya selama ini telah dimakbulkan....jam 1ptg..aku keluar wad...adn aku hanya perlu ke klinik utk weekly TCA....dan dtg ke hospital sekiranya ada tanda2 utk bersalin.......Alhamdulillah...pengalaman getir ini tidak akan kulupakan sampai bila2