Wednesday, November 16, 2011

Detik bila dikejutkan dengan Plasenta Pravea (uri bawah)

24 October 2011
Hanya Tuhan yg tahu perasaanku bila disahkan doktor pakar yg aku mengalami Plasenta Pravea Type 4 pada kandungan kali ini. Plasenta pravea atau dlam bahasa kita yang dipanggil uri bawah. dan tahap 4 pula bermakna uri tersebut telah menutup seluruh bahagian pangkal rahim. confirm kali ini juga aku perlu caeser.Aku disahkan mengalaminya pada minggu 28 usia kandungan ketika pergi utk monthly check-up di Hospital Tg. Karang. Dari situ,terus aku dikejarkan dgn ambulans ke Hospital Sg.Buloh untuk penjagaan rapi sehingga bersalin.Risiko PP type 4 adalah akan berlaku pendarahan yg bnyk yg boleh membhayakan nyawa ibu dn baby. kata doc, pendarahannya mcm air paip yg x berhenti Sebenarnya, aku tidak pernah mengalami sebarang sakit atau pendarahan pun.Tanpa sebarang persediaan aku terpaksa kesana...tanpa mengucapkan slmt tinggal..tanpa berjumpa dan mencium pipi si kembar... petangnya, hubby dtg bawa brg.

25 October 2011
Penjagaan sehingga bersalin bermakna aku kena tinggal di wad hospital selama 2 bln lebih....Ya Allah...perasaan rindu pada si kembar..takut n risau bercambur baur..hanya air mata menjadi peneman. Apa yg lebih menyedihkan, hospital tersebut tidak membenarkan sama sekali pelawat kanak2....rindunya pada anak2..setiap kali dia dtg..aku hnaya dpt memandang ke bawah dari tingkap tingkat 6 dan bercakap telefon..dan setiap kali itulah aku menangis...
Paginya, doktor pakar O&G melakukan scan sekali lg...dan jawpannya ttp sama..PP type 4..n sempat dia berseloroh.."u kena raya haji kat sini lah ye.."..lg la membuat air mata aku meleleh..

26-30 October 2011
Rutin sebagai penghuni wad hospital ...hampir setiap hari hubby datng menjenguk dan menghabiskan waktu lawatan untuk aku.malah, ada keluarga n kwn2 yg dtg..beri semangat dan kekuatan ..tp malangnya ku x sanggup nk menghuni di wad lagi...takut dgn situasi hospital..stress dgn keadaan sekeliling...kurang tidur & kurang selera makan...sepanjang seminggu di wad..berat dh turun 2kg...
Sepanjang aku ditahan di wad, hubby yg melakukan semua kerja rumah..basuh kain, jg ank..nasib baik kerja sendiri.TQ sayang...kerana sanggup jd Mr.mama.

31 Oktober 2011
Akhirnya..aku tidak dpt bertahan lagi..kerinduan pd si kembar x dpt diatasi..aku menangis semahunya..sehinggakan sanggup merayu pada doktor untuk membenarkan aku balik untuk seminggu.Walaupun agak berat doktor melepaskan,tp aku diberi balik juga ..tp atas risiko sendiri.DOktor beri tarikh utk check-up atau dtg terus hospital pada 14 Nov. Sebelum keluar wad, macam2 nasihat doktor n nurse utk keselamatan aku & baby. Hampir 10mlm baru sampai rumah

1 Nov-13 Nov 2011
Sepanjang tempoh 2 minngu dirumah..aku amat berhati dan ikut segala nasihat doktor & nurse..x buat kerja..baring n rehat...x dukung n riba anak...takpelah..janji anak2 dpn mata..sempat menyambut raya haji di rumah mak mertua...adik2 ipar banyak membantu menguruskan si kembar..terima kasih semua...Alhamdulillah..semuanya berjalan baik dan tiada apa2 terjadi padaku. sepanjang tempoh itu doaku tidak pernah putus agar Allah memberikan aku perlindungan dan keselamatan untukku dan baby...malah, kuikuti setiap petua yg didengar dari mulut2 orang dan yg kubaca dari internet untuk menaikkan uri..kucuba segalanya....

14 Nov 2011
petangnya,terus pergi ke Hospital Sg. Buloh..kali ini aku merelakan diri utk tinggal di wad sehingga bersalin. Jam 8 mlm baru dapat katil dan terus masuk wad.

15 Nov 2011
ketika sesi lawatan doktor pakar ke wad, doktor sempat berbincang sesama mereka dan mengatakan aku suspected Plasenta Increta...hancur lagi hatiku..increta lebih berisiko...dan doktor terus mengarahkan aku ke bilik scan..dengan perasaan yg bercampur baur..takut..aku kuatkan hati dan berdoa semoga Allah membrikan keajaiban padaku....dan ketika doktor melakukan scan diperut..kulihat wajah doktor seakan ada sesuatu yg mebuatkan die tdak percaya...dia mengatakn "u'r plasenta currently upper segment..normal..." alangkah tekejutnya aku..terus mentiskn air mata.."are u sure doc?"..."sure..tp sy akan buat scan bawah utk pastikan everything is ok"....seketika aalat scan yg pjg dimasukkan ikut bawah...dan doctor mengesahkan semuaok..."ok...alhamdulillay...it's totally upper segment now..u can discharge today".."Tq doc"..syukurnya tidak terhingga...terus aku hubungi hubby utk dtg menjemput...hubby seakan tidak percaya..begitu juga degn keluarga dikampung terus kuhubungi...ibu dan kakakku menangis..ibu smpt mengatakan doanya selama ini telah dimakbulkan....jam 1ptg..aku keluar wad...adn aku hanya perlu ke klinik utk weekly TCA....dan dtg ke hospital sekiranya ada tanda2 utk bersalin.......Alhamdulillah...pengalaman getir ini tidak akan kulupakan sampai bila2

Thursday, July 7, 2011

PTD exam..

yesterday..dapt surat dari SPA untuk exam PTD..(Pegawai Tadbir & Diplomatik) pd 16 Julai ni..kena pulak kat UM nun...alahai...subuh2 buta dh kena kuar....xperla...saje cube2 utk 1st time...hmm....hopefully dpt jawab pun dh ok....hehehe...ok..pray for myself....INSYAALLAH...

Wednesday, May 11, 2011

Doa Untuk Anak-anak

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

Artikel di atas dicopy dari SINI

Sedikit renungan di pagi Khamis

Selamat Hari "Cikgu"




Antara experiences yg best dlm life aku ialah masa jd cikgu..walaupun sbg guru sandaran..aku sgt berpuas hati sebab dapat mendidik adik2 bangsa yg masih kurang mengerti tentang kehidupan..selama hampir 1 tahun sebagai guru, selain dari akademik..adik2 didik selalu menceritakan masalah peribadi..,masalah percintaan..persahabatan..keluarga...hmm...walaupun aku bukan arif sgt nk bg nasihat kat diorg..tp cuba la bg apa yg termampu...diorang masih awal remaja...masih konfius dgn jalan hidup sendiri...aku cuma bantu apa yg patut..

plg mencabar lg..aku diberi tgjawab sbg guru kelas!!!guru kelas untuk kelas yg agak tercorot...almaklumlah..bila kelas mcmni, mcm2 la ragam pelajarnye..selain masalah akademik..masalah disiplin juga sama naik...huuhh..letih nk jaga ank2 40 org ni..tp best!!!walaupun kekadang kesabaran kita tercabar dek kerenah mereka,tp itulh tugas n tgg jwb...yg plg best..cikgu2 senior bnyk bantu...semuanya baik2 belaka...i love the school so muchh!!

dan yg membuatkan aku terharu, walaupun skrg ni aku sudah x bergelar cikgu...tp anak2 didik ku tetap memanggil aku cikgu..masih ada yg sudi menghubungi bertanya khabar..baru aku tahu, kerjaya seorang cikgu memang tiada tolak bandingnya...sekali bergelar cikgu, sampai mati org tetap panggil cikgu...

sempena hari guru ni, aku ucapkan "SELAMAT HARI GURU" untuk semua cikgu2 kat Malaysia ni...yg pernah bergelar cikgu...especially cikgu2 yg pernah mendidik aku di SK Kota, SK Paloh 1&2, SMS Tg Muhd Faris Petra dan SMK Kota. Jasa kalian tetap diingatan...untuk cikgu2 SM Seri Tanjong, Kuala Selangor..terima kasih atas budi baik anda semua...

Kek Pisang Kukus


baru je lepas buat kek pisang kukus ni...so, nak share kat sini resepi nya yg amt mudah & senang....

Bahan-bahan:
1 cwn pisang yg dilenyek(mcm nk wat cekodok pisang)-lebih kurang 6 biji pisang yg kecik2 tu
2 cwn tepung
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
3/4 cwn gula
3/4 cwn minyak masak
3 biji telur

p/s:periuk kukus wajib ada lah yeee..

Cara-caranya:
1. ayak tepung bersama baking powder + soda bikarbonat
2. dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang...(guna mixer pun ble..tgn pun boleh)
3.pisang lenyek dicampurkan dgn gula, minyak dan telur.
4. Kemudian, masukkan tepung dan gaul hingga sebati (x nak ada yg ketul2)
5.Masukkan dlm acuan dan letak dlm pengukus..kukus selama 45 minit-1 jam.Klu kukus lama,kek lebih tahan lama

Kelebihan kek kukus:
1. Lebih tahan lama
2. Lebih lembab(moist)

Selamat mencuba..:-)))

semakan temuduga DPLI 2011

Untuk pengetahuan semua, semakan temuduga untuk program DPLI boleh mula disemak mulai 20hb Mei 2011. dan bukan 11 mei 2011 seperti yg dikhabarkan sebelum ini. Anda boleh semak melalui http://www.upu.mohe.gov.my
Terima kasih.

Friday, April 29, 2011

pokok tomato ku dah berbuah...




akhirnye...dah dkt 3 bln menunggu...2 hr lps...baru keluar buahnya....tanam x bnyk pun,8 pokok je...td sempt kira brp biji buah yg dah kuar,,,ada la 12 biji...x sbr nk rasa tomato "air tangan" sdiri..hehehe

updated may 2011:--my tomatoes dh bnyk..hubby ckp nanti leh jual...hehe...1 pokok plg bnyk skrg ni dah 15 biji buahnye.....puas hati betul bile tgk buah2 ni....

IKAN TALAPIA.


Mungkin ada yg tertanya2 ikan apa ni....ini adlh ikan talapia merah...mesti korang dah biasa tgk yg besar2 dijual kat pasar n siap msk kat restoran kan??...hmmm..ini la benihnya@anak nye...my hubby wat breeding(pembenihan) ikan air tawar,,,so termasuk la ikan talapia, keli, puyu dan sepat. ikan talapia pula ada 2 jenis..talapia merah dan hitam..benih2 ikan ni biasanya hubby jual xpun bela sendiri...
so, if korang ada terminat nk cuba2 bela ikan talapia nih boleh la helo2 yer...:-)..ikan talapia merah cantik gak kalau letak dlm kolam hiasan dpn rumah...

Friday, April 22, 2011

Alhamdulillah dpt ke MEdSI

Alhamdulillah...dapat juga merasa test MEdSI untuk DPLI....ini 1st time apply...InsyaAllah..i will try the best on this coming Saturday(30 Apr)..@ SMK Dato' Haron, Tg. Karang...minat dan cinta pada dunia perguruan semakin mendalam selepas jadi GSTT tahun lepas...tp org ckp susah nk lepas MEdSi nih...harap2 semuanya berjalan dgn baik n drahmati oleh NYA...harap adalah rezeki aku dalam bidang ni...INSYAALLAH..untuk kwn2 yg lum cek lg..bleh la buka ngan link kat bwh ni..

http://www.mpm.edu.my/medsiregter

TQ..:-)))

WANITA


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi



Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa



Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

choc muffin



nk kek kolet....hmmm...
ank2 mama suka dgn kek coklat...
pg td sempat gak wat sket....
dpt la 10 biji coz telur ada 2 bj je kat dapo...
huhu...
sape2 nk x??
jemput dtg umah...hehe..
along akmal ezzah...tgu rayo dehhhh....

Thursday, April 21, 2011

pulut durian..oo pulut durian...

akhirnya...daku dh dpt makan pulut durian!!!!.sanggup ke pekan Tg. Karang mencari durian...dahtu yg ada plak mahal ..hampir RM10 sebiji...yahoooo..bestnye....mengidam ke???hmm...x de la....hehehe...

Saturday, April 16, 2011

memancing & ikan talapia steam


ini menu dinner td. ikan ni dpancing sdiri oleh hubby di kolam pancing kat blkg tuu..hmm..wpun talapia bela banyak, tp saje je nk try rase yg original habitat punye...fuhhh...best sgt2!!!
ptg td slain dpt ikan talapia ni,dpt gak lampan..tp kecik2 la...so kitorg masukkan balik dalam kolam sendiri utk dibela...daku pun dpt 2 ekor tauuu!! x penah2 pancing dpt ikan..tup2..ptg td..mengena plak...hehehe..bile dh dpt tu gian pulak nk mancing lg....heheh

pulut durian..oo pulut durian...

dah 2-3 hr terasa nk makan pulut durian..hmm..tringt sgt arwah ayah..bile dia beli durian je mesti suruh mak wat pulut durian...sejak kawin yg dh hampir 4 tahun ni, daku x pernah lg makan pulut durian(pulut+santan+durian_gula sikit)...mkn durian tu biasa la...tp mungkin budaya org sini x makan pulut dgn durian n santan..diorg biasanya kan buat serawa..biasa la...lain org lain tempatnya...itulah aku aku dh pelajari n paham sgt2 sejak berkawin dgn hubby...aku kena terima masakan dan cara hidup di tempat lain..dan ternyata semua ini memberi pengalaman yg terus mendewasakan aku...(hehe...yg dh makin berumur ni..)
mak oii...berceloteh pjg tah ape2 plak ye...oo yer..kembali pasal pulut durian..aku pun pelik knp terasa sgt nk mkn..padahal musim durian tahun2 lps..x de kisahnye..janji dpt durian je...hubby aku ckp konpem mengidam ni...eh..eh..ye ke???hmm....tak rasenya....tp nk mkn sgt2...
smlm beli durian lg lepas ank2 menangis kalu nampak durian tp abah die x beli..so, beli laa...aku pun ape lg beli la beras pulut..ingt ptg nk masak pulut..tp tup2 ptg tetido..terus x jadi...hmmm....durian pulak dah setel di makan dek hubby n ank2.....
mcmni nampak gayenye besok kena li durian lg....suke hati la harris farris dpt durian lg...esok mama nak sorok sebiji utk mama nk mkn dgn pulut tau....hehehe....

Thursday, April 14, 2011

cili api sebagai side income...


inilah hasilnya..pokok2 cili api ni ditanam di sekitar kwsn kolam hubby...kalu kat rumah, maunya abis dipetik budak2... biasanya dalm sehari daku dpt petik 2kg cili(hmm..klu rajin la..)harga pasaran x tentu..kalu cili api tgh mahal..harga borong pun ok la..paling best hari tu dpt RM12 utk setiap kg yg djual kpd pemborong...coz diorg jual kat pasar kdg2 mencecah RM20 sekilo..biasa daku jual kat pemborong pasar n skrg ni tgh cr market utk restoran2 pulak...coz pokok cili dah makin banyak..so, mcm x berbaloi mengharapkn utk jualn kpd pemborong je...jadi untuk mereka2 yg ada restoran area kuala selangor,bestari jaya, ijok@tg. karang...boleh la helo2 kitaorg....yg pastinya harga borong lah...jauh lebih rendah dari harga korg beli kat pasar tu....

TEL: 012 9729851 @ 011 12317115

sebatang pokok cili api kampung

anak2 pokok cili api yg baru dialihkan ke polybag

anak2 pkok cili api yg telah sedia utk di jual @ di alihkan ke tapak tanaman

Selain dari cili api kampung, daku juga ada cili padi dan cili akar.nanti gambarnya kan diuploadkn kendian yer....oh yer..selain jual buah cili, kami juga jual anak2 pokok cili dalm polybag seperti gmbr di atas...
ok..if kwn2 interested, helo2 yer.....no kat ats tuuu

berkebun..bertani..

tomato

buncis

hmm..inila antara `xtvt di ms terluang daku.alhamdulillah..buncis da leh mkn...tomato lum lg..baru berbunga. yg plg banyak daku tanam ialah cili..tp x sempat nk take pic cili tu lg..dah leh jual da pun cili tu...1 ahri klu rajin petik dptla 2kilo..jual dkt kakak jual sayur kat pasar tu sekilo RM10..lepas la wat li ikan n ayam..hehehe...


3rd besday twins


birthday boys..abg n adik

antara menu mlm tu


moist choc cake ...mama buat sdiri n abah tukang deko2 ats tuu

sudah lama x berblogging nih,..sejak lappy n broadband problem hampir 2 bln..huuu...skrg ni dah mula nk running enjin balik nk nulis kat blog yg da lama x update nihh...mls pun ade gak..tp mcm x best plak klu x crite any movements here..hehehehe...hmm..31 Mac dh berlalu..my kids dah 3 tahun..birthday session di buat 2 times...kiki..1 edisi kuala selangor n satu lg edisi shah alam..yg edisi shah alam baru jek wat last week..specially for their aunties n cousins..ini le pic2 yg sempat di"shoot"..

pic2 nye diats yer...terbalik plak....hmm..dah 3 tahun dah ank2 ku..mcm baru je melahirkan mereka..mama n abah setiasa doakan yg terbaik utk ank2 mama n abh..be a good boys syg...sayanggg kamooooo....muah2222