Wednesday, May 11, 2011

Doa Untuk Anak-anak

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

Artikel di atas dicopy dari SINI

Sedikit renungan di pagi Khamis

Selamat Hari "Cikgu"




Antara experiences yg best dlm life aku ialah masa jd cikgu..walaupun sbg guru sandaran..aku sgt berpuas hati sebab dapat mendidik adik2 bangsa yg masih kurang mengerti tentang kehidupan..selama hampir 1 tahun sebagai guru, selain dari akademik..adik2 didik selalu menceritakan masalah peribadi..,masalah percintaan..persahabatan..keluarga...hmm...walaupun aku bukan arif sgt nk bg nasihat kat diorg..tp cuba la bg apa yg termampu...diorang masih awal remaja...masih konfius dgn jalan hidup sendiri...aku cuma bantu apa yg patut..

plg mencabar lg..aku diberi tgjawab sbg guru kelas!!!guru kelas untuk kelas yg agak tercorot...almaklumlah..bila kelas mcmni, mcm2 la ragam pelajarnye..selain masalah akademik..masalah disiplin juga sama naik...huuhh..letih nk jaga ank2 40 org ni..tp best!!!walaupun kekadang kesabaran kita tercabar dek kerenah mereka,tp itulh tugas n tgg jwb...yg plg best..cikgu2 senior bnyk bantu...semuanya baik2 belaka...i love the school so muchh!!

dan yg membuatkan aku terharu, walaupun skrg ni aku sudah x bergelar cikgu...tp anak2 didik ku tetap memanggil aku cikgu..masih ada yg sudi menghubungi bertanya khabar..baru aku tahu, kerjaya seorang cikgu memang tiada tolak bandingnya...sekali bergelar cikgu, sampai mati org tetap panggil cikgu...

sempena hari guru ni, aku ucapkan "SELAMAT HARI GURU" untuk semua cikgu2 kat Malaysia ni...yg pernah bergelar cikgu...especially cikgu2 yg pernah mendidik aku di SK Kota, SK Paloh 1&2, SMS Tg Muhd Faris Petra dan SMK Kota. Jasa kalian tetap diingatan...untuk cikgu2 SM Seri Tanjong, Kuala Selangor..terima kasih atas budi baik anda semua...

Kek Pisang Kukus


baru je lepas buat kek pisang kukus ni...so, nak share kat sini resepi nya yg amt mudah & senang....

Bahan-bahan:
1 cwn pisang yg dilenyek(mcm nk wat cekodok pisang)-lebih kurang 6 biji pisang yg kecik2 tu
2 cwn tepung
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
3/4 cwn gula
3/4 cwn minyak masak
3 biji telur

p/s:periuk kukus wajib ada lah yeee..

Cara-caranya:
1. ayak tepung bersama baking powder + soda bikarbonat
2. dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang...(guna mixer pun ble..tgn pun boleh)
3.pisang lenyek dicampurkan dgn gula, minyak dan telur.
4. Kemudian, masukkan tepung dan gaul hingga sebati (x nak ada yg ketul2)
5.Masukkan dlm acuan dan letak dlm pengukus..kukus selama 45 minit-1 jam.Klu kukus lama,kek lebih tahan lama

Kelebihan kek kukus:
1. Lebih tahan lama
2. Lebih lembab(moist)

Selamat mencuba..:-)))

semakan temuduga DPLI 2011

Untuk pengetahuan semua, semakan temuduga untuk program DPLI boleh mula disemak mulai 20hb Mei 2011. dan bukan 11 mei 2011 seperti yg dikhabarkan sebelum ini. Anda boleh semak melalui http://www.upu.mohe.gov.my
Terima kasih.